Friday 22 November 2013

KERJAYA BIDANG KEJURUTERAAN

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional. KEJURUTERAAN AWAM a. JURUTERA AWAM Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan. Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya: Jurutera awam, jurutera awam pembinaan bangunan, jurutera awam lebuh raya dan jalan raya, jurutera awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan, jurutera awam pengairan, jurutera awam hidraulik, jurutera awam kumbahan. Prospek Kerjaya Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam. Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :- b. PEMBANTU JURUTERA AWAM Menjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau panduan Jurutera Awam, arkitek atau juruukur atau mengikut teknik kejuruteraan awam yang sudah ditetapkan dalam perancangan dan penyeliaan kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan awam.dengan menyumbangkan terhadap perancangan dan perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam. Prospek Kerjaya Disektor awam peluang pekerjaan adalah baik. Mempunyai peluang kenaikan pangkat ke tingkatan kanan, tinggi dan sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah mereka layak ke jawatan jurutera dan seterusnya kejawatan yang lebih tinggi. Mereka boleh bekerja di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan dan agensi-agensi lain. Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di firma-firma juruperunding dan syarikat-syarikat yang berasaskan kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan bangunan, jalanraya, empangan, pelabuhan, projek-projek perumahan dan lain-lain. c. JURUTEKNIK AWAM Juruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera awam, arkitek atau juruukur, menjalankan tugas teknik yang menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan dan kejuruteran awam, termasuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang. Prospek Kerjaya Prospek kerjaya untuk juruteknik awam amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembinaan, pembuatan, pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan, tertinggi. Boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pembantu Jurutera dan Jurutera dengan meningkatkan pengetahuan iaitu melanjutkan pelajaran ke IPTA samaada sepenuh masa, luar kampus atau melalui pengajian jarak jauh. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pekerjaan ini kebanyakan terdapat di syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dengan pembinaan projek perumahan, jalaraya,jabatan dan infrastruktur dan lain-lain. KEJURUTERAAN MEKANIKAL a. JURUTERA MEKANIKAL Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu. Prospek Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun. b. JURUTEKNIK MEKANIKAL Juruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal yang meyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik. Prospek Kerjaya Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi dan kejawatan yang lebih tinggi. Sesaorang juruteknik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS peringkat diploma atau ijazah bagi melayakkannya memohon ke jawatann yang lebih tinggi. c. MEKANIK JURUTERA AM Membuat kerja-kerja membaiki, servis berbagai jenis mesin, jentera, enjin dan lain-lain alat mekanikal (kecuali kereta motor, enjin kapal terbang, peralatan kapalterbang, peralatan elektrik dan alatan-alatan lain) didalam bengkel atau ditempat-tempat dimana ia digunakan. Memeriksa mesin yang rosak. Membuka sebahagian, menukar sebahagian yang rosak. Memasang semula dan memastikan pemasangan itu betul, menguji dan mempastikan ianya berfungsi dengan baik. KEJURUTERAAN ELEKTRIK a. JURUTERA ELEKTRIK Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik. Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan. Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya: Jurutera Penjanaan Kuasa, Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa, Jurutera Pencahayaan Elektrik, Jurutera Peralatan Elektromekanik.. Prospek Kerjaya Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah, Pengurus atau Pengurus Besar. Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji. b. JURUTEKNIK ELEKTRIK Juruteknik elektrik menjalankan tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang menyumbang kepada rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik. Prospek Kerjaya. Prospek kerjaya untuk juruteknik elektrik amat cerah di Malaysia berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, kepesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan dan tertinggi. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di industri pembuatan, telekomunikasi, pembinaan, loji. KEJURUTERAAN KIMIA a. JURUTERA KIMIA Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. Prospek Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun. b. PEMBANTU JURUTERA KIMIA Pembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan Jurutera Kimia yang menyumbang kepada pembangunan proses dan rekabentuk perindustrian kimia, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia. Prospek Kerjaya Disektor awam peluang adalah baik. Mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan penyelia pengeluaran atau penyelengaraan. Berpeluang dinaikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan, khas dan seterusnya ke jawatan tertinggi mengikut skim perkhidmatan. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS tempatan ke peringkat ijazah secara sepenuh masa, sambilan, pengajian luar kampus dan pengajian jarak jauh. Jawatan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di kilang-kilang memproses bahan-bahan mentah kepada barang-barang seperti baja, barang-barang farmasi, cat, plastik, petroleum, serbuk pencuci, bahan kimia industri dan lain-lain. c. JURUTEKNIK KEJURUTERAAN KIMIA Juruteknik kejuruteraan kimia menjalankan tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera kimia yang menyumbang kepada proses, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia. Prospek Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Alam Sekitar serta jabatan - jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi. Bagi yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka boleh berbuat demikian samada belajar sepenuh masa, atau sambilan dan pengajian jarak jauh di IPTA/IPTS tempatan. Setelah memiliki kelulusan tersebut mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi. Di sektor swasta jawatan ini boleh diperolehi diindustri petroleum, carigali minyak serta syarikat-syarikat pembuatan yang berasaskan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit dan lain-lain yang melibatkan kerja-kerja penyelidikan dimakmal. KEJURUTERAAN ELEKTRONIK a. JURUTERA ELEKTRONIK Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik. Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll. Pekerjaan dalam bidang ini antaranya ialah: Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian, Jurutera Kuasa Nukleur, Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan, Jurutera Kenderaan /Otomotif, Jurutera Mekanik/Aeronautik, Jurutera Marin. Prospek Kerjaya Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Telekom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi lain atau lain-lain badan berkanun. http://doktorkerjaya.blogspot.com/2011/03/kerjaya-bidang-kejuruteraan.html

Kerjaya Sebagai Arkitek Landskap

Kerjaya Sebagai Arkitek Landskap BAYANGKAN kerjaya yang memberi peluang terbuka dan meluas serta kebebasan untuk merancang, menilai, mereka bentuk ruang yang seiringan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi. Kerjaya ini dilakukan di dataran-dataran bandar, di kawasan-kawasan awam, di sepanjang laluan jalan raya dan lebuh raya, badan air (waterfronts), taman bandar dan taman rekreasi, hutan, tasik, tanah lapang yang terbentang luas mahupun ruangan kecil di antara bangunan, di cerun bukit, gunung-ganang malah di persisiran pantai. Bayangkan anda bekerja di pejabat, di tapak pembinaan projek, di tengah kesibukan bandar metropolitan mahu pun di tengah keheningan persekitaran desa. Lebih mencabar lagi, jurulandskap menghiasi permukaan air tasik, laut dan juga sungai, di kawasan perumahan, perniagaan, perdagangan mahu pun perkilangan dengan menggunakan gabungan kepakaran artistik, saintifik dan kemahiran teknikal. Kemahiran ini boleh dipelajari untuk menghasilkan reka bentuk yang kreatif di dalam dunia masyarakat inovatif masa kini. Kerjaya anda adalah untuk mewujudkan persekitaran yang bertambah baik demi menjamin tahap kualiti kehidupan yang tinggi. Bayangkan menjadi seorang artis dalam masa yang sama menjadi seorang saintis. Bayangkan anda sebagai seorang intelek alam yang menjaga kepentingan persekitaran setempat melalui kepakaran ilmiah dan latihan amali khusus yang telah dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan kerjaya harian. Bayangkanlah kerjaya arkitek landskap dalam bidang Seni Bina Landskap. Bidang seni bina lanskap merupakan bidang yang masih dikategorikan sebagai `bidang baru' di negara kita walaupun ia hampir mencapai umur 20 tahun pada bulan Ogos 2005 ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ungkapan landskap itu sendiri sering disamaertikan dengan pokok-pokok di taman mahupun tumbuh-tumbuhan yang terdapat di persekitaran kita. Namun, inilah masanya tanggapan masyarakat umum yang seakan sudah sebati dengan sinonim erti ungkapan lanskap dan taman, telah tidak lagi di salahtafsirkan dengan maksud yang sebenarnya. Landskap dalam erti kata umum adalah pantulan daripada gabungan sistem semulajadi, dinamik dan sosial di dalam kehidupan harian. Landskap adalah hasil interaksi di antara faktor abiotik (sifat fizikal seperti air, udara dan tanah), Biotik (sifat peribumi kehidupan seperti haiwan, serangga dan tumbuh-tumbuhan serta ekosistemnya) dan Budaya (seperti corak kehidupan manusia, komuniti, ekonomi mahupun sejarah) yang secara tidak langsung telah mewujudkan peradaban persekitaran setempat. Ini bermakna, lanskap bukanlah pokok atau tumbuh-tumbuhan semata-mata yang sering menjadi sebutan atau tanggapan umum. Ia merupakan salah satu fungsi atau elemen yang diadaptasikan di dalam sesuatu reka bentuk ruang atau kawasan luaran bergantung kepada tujuan reka bentuk tersebut. Seni bina landskap merupakan bidang kerjaya yang mempunyai pilihan yang meluas merangkumi pelbagai aspek yang menggabungkan unsur seni dan sains dalam mereka bentuk dan menghasilkan persekitaran yang lebih baik kepada masyarakat. Seni bina landskap memberi keutamaan kepada reka bentuk yang kreatif, inovatif, sensitif dan efektif dengan perancangan dan pengurusan sesuatu ruang atau kawasan luaran mahupun dalaman agar ia berfaedah untuk generasi sekarang dan yang akan datang. Seni bina landskap juga kadang kala dikenali sebagai kerjaya halimunan kerana mereka ini mereka bentuk kawasan atau ruang di antara bangunan yang wujud tanpa kita sedari, ruang yang kita lalui dan digunapakai pada setiap hari, ruang yang memberi keselesaan dan rangsangan ketenangan serta jaminan keselamatan kepada kita agar persekitaran setempat bertambah sihat ke arah pembentukan kehidupan yang berkualiti. Individu yang dilatih di bidang ini di kenali sebagai arkitek landskap. Seorang arkitek lanskap itu dilatih secara khusus untuk menimba ilmu pengetahuan yang mendalam merangkumi gabungan integrasi unsur seni dan sains. Tugas arkitek landskap ialah mengenal pasti permasalahan setempat yang wujud dengan menyelesaikannya melalui perancangan reka bentuk yang inovatif untuk sesuatu ruang itu atau kawasan tertentu yang sesuai dengan kehendak pengguna, alam sekitar dan kos dengan memenuhi syarat undang-undang serta akta perancangan kerajaan tempatan. Arkitek landskap juga bertanggung jawab untuk menyelaras, mengawas dan menguruskan pelaksanaan sesuatu projek lanskap dari awal hingga ke akhir penyiapannya dengan konsep bekerja dalam satu kumpulan bersama kerjaya profesional lain seperti arkitek bangunan, jurutera , juruukur, pereka bentuk dalaman, perancang bandar, dan juga juruukur bahan di dalam sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan. Tugas arkitek lanskap bermula apabila beliau diminta untuk menasihati atau menjadi pakar rujuk mengenai proses perancangan untuk meningkatkan mutu kehidupan manusia bagi membolehkan masyarakat setempat menikmati serta mengecapi keselesaan, keselamatan dan keindahan alam sekitar yang berkualiti. SYARAT MENJADI ARKITEK LANDSKAP Seseorang itu perlu lulus sekurang-kurangnya peringkat Sarjana Muda Seni Bina Landskap dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf. Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (I.L.A. Malaysia) bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek landskap bertauliah. TAWARAN INSTITUSI PENGAJIAN Sekiranya berminat untuk menceburi bidang ini sebagai kerjaya, kursus diploma, sarjana muda atau sarjana seni bina landskap boleh diikuti sama ada di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara. IPT awam tempatan yang menawarkan kursus ini ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Kursus ini juga boleh diikuti di beberapa universiti luar negara seperti di Singapura, Australia, New Zealand, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat. SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN DI UiTM Program Diploma Seni Bina Landskap Syarat kemasukan ialah pelajar perlu lulus SPM dengan sekurang-kurang memperoleh lima kredit termasuk subjek Matematik atau Matematik Tambahan, Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi atau Sains Tambahan. Pelajar juga wajib lulus subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pelajar juga layak untuk memohon sekiranya mempunyai sijil kursus di dalam bidang agrikultur atau lanskap dari politeknik atau Institut Kemahiran MARA atau pra-diploma di bidang Sains dari UiTM dengan HPNG tidak kurang dari 2.75 atau yang diiktiraf sama dengannya. Program Sarjana Muda Seni Bina Landskap Syarat kemasukan ialah pelajar harus mempunyai Diploma Seni Bina Landskap dari UiTM dengan HPNG tidak kurang dari 2.50 bersama pengalaman bekerja di bidang berkaitan sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun; atau Diploma berkenaan bidang yang sama dari institusi yang berlainan yang diiktiraf dengan HPNG tidak kurang dari 2.50 bersama pengalaman bekerja di bidang berkaitan sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun; atau Diploma dari bidang yang berkaitan dari UiTM atau institusi yang berlainan yang diiktiraf dengan HPNG tidak kurang dari 2.50 bersama pengalaman bekerja; atau Matrikulasi/ STPM dengan keputusan prinsipal minimum di dalam dua (2) subjek sama ada Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Ekonomi, Sejarah, Geografi, atau Seni Lukis PELUANG PEKERJAAN Graduan berpeluang untuk meneruskan kerjaya sebagai arkitek landskap (kelulusan minimum ijazah sarjana muda) atau pun sebagai pembantu arkitek lanskap (kelulusan minimum diploma) atau sebagai pembantu teknikal kepada arkitek bangunan atau pun perancang bandar di pelbagai firma, jabatan, kementerian dan organisasi yang di antaranya seperti berikut; Institusi Pengajian Tinggi, Jabatan landskap Negara, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Institut Arkitek Lanskap Malaysia, Majlis-Majlis Daerah, Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan, firma-firma perunding lanskap, syarikat kontraktor lanskap, syarikat pemaju perumahan, firma perunding arkitek, firma perunding perancang bandar dan wilayah serta pelbagai syarikat atau firma lain yang berteraskan kepada projek pembangunan atau penyelenggaraan http://kerjaya2udotcom.blogspot.com/2011/11/kerjaya-sebagai-arkitek-landskap.html

Kerjaya yang paling baik

Kerjaya yang paling baik ialah kerjaya yang dapat memberikan peluang pekerjaan kepada kita. Gaji kenalah mahal, kerja rehat sikit.